Tips Mudah Untuk Penjagaan Peti Sejuk Agar Tahan Lama


Tips mudah untuk penjagaan peti sejuk agar tahan lama
Peti sejuk sangat penting bagi kite semua!! tapi peti sejuk Yang Mudah Rosak pastinya Memberi Tekanan Kepada Suri Rumah Jom Ikuti Beberapa Langkah Mudah Menjaga Peti Sejuk Agar Tahan Lama Dan Berfungsi Dengan Baik 
1. Jangan buka peti sejuk terlalu lama kerana udara sejuk akan keluar dan boleh meninggikan suhu di dalam peti sejuk sekaligus meninggikan penggunaan elektrik.
2. Muatan yang berlebihan akan mengurangkan ruang udara dan menghalang udara sejuk beredar ke seluruh ruang peti sejuk.
3. Makanan segar Digalakkan dibungkus  dengan kemas bagi mengelakkan peti sejuk jadi mudah berbau.
4.  Sejukkan makanan/minuman panas terlebih dahulu sebelum diletakkan untuk menghindarkan pembetukkan bekuan.
5. Jika berlaku timbunan ais atau frost di bahagian sejuk beku, jangan cungkil kerana dikhuatiri akan mengakibat bocor.
6. Pastikan jarak di bahagian kiri kanan peti sejuk tidak terlalu rapat dengan dinding untuk melepaskan haba.jauhkan dari haba api atau panas matahari.
7. Pastikan soket tidak berkongsi dengan peralatan elektrik lain untuk mengelakkan arus elektrik berlebihan.
8. Jika berlaku putus bekalan,cabut dahulu plaq soket supaya bekalan kembali,tidak mengganggu sistem peti sejuk.
Sumber: Service and repairUjang jb

0 Response to "Tips Mudah Untuk Penjagaan Peti Sejuk Agar Tahan Lama"

Post a Comment