KFC Hong Kong Cipta Cat Kuku Perisa Ayam Goreng!


Siapa yang gilakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) tapi risau makan banyak boleh jadi gemuk?
Percaya tak jika kami katakan bahawa anda boleh menikmati ayam goreng KFC tapi berat badan anda tetap maintain je?
Baru-baru ini, KFC Hong Kong telah menghasilkan produk unik yang memang lain dari yang lain iaitu cat kuku perisa ayam goreng KFC.
KFC Hong Kong Cipta Cat Kuku Perisa Ayam Goreng 3
Hasil usahama antara syarikat Ogilvy & Mather dengan KFC ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan muda.
Terdapat dalam dua warna iaitu warna jingga cair perisa Original manakala warna merah menyala pula untuk Hot & Spicy.

KFC Hong Kong Cipta Cat Kuku Perisa Ayam Goreng 2
Cat kuku tersebut di hasilkan dengan 11 campuran rempah dan herba KFC.
Semua bahan yang di gunakan untuk cat kuku tersebut adalah semulajadi. Tiada sebarang pengawet atau bahan bertoksik, segalanya asli.
Namun, respon daripada netizen terhadap produk tersebut bercampur-baur.
Ada yang teruja dan ada yang pelik kerana ia seperti menggalakkan pengguna menghisap jari mereka di khalayak ramai.

KFC Hong Kong Cipta Cat Kuku Perisa Ayam Goreng 1

0 Response to "KFC Hong Kong Cipta Cat Kuku Perisa Ayam Goreng!"

Post a Comment