Petua Halau Anai-Anai Dari Rumah

Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.



Di Malaysia, ada tiga jenis anai-anai yang boleh ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.

Berikut disertakan panduan atau cara petua menghalau Anai-Anai dari rumah anda dengan cara yang mudah, boleh cuba try.

1. Garam Dapur


Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih


Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras


Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah


Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau


Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

SELAMAT MENCUBA.

0 Response to "Petua Halau Anai-Anai Dari Rumah"

Post a Comment